Lama x update blog pasal tuan tanah tak sihat, anak tuan tanah pun tak sihat. musim demam agaknya..plus dengan pakej selesema satu kali, nasib baik encik suami sihat, kalau tidak, sape la nak jaga kami berdua (dalam hati, balik rumah mak laaaaa...haha, senang kan?)
Yang kesiannya si kecik la, kalau demam ok lagi dia, tak juga merengek, bagi ubat demam je 2,3 hari dah baik dah, ini dia kena selesema susah nak cakap..merengek je pasal tak selesa hidung tersumbat gamaknya, poor baby..:(
Tapi selagi kudrat masih ada, aku tetap juga pergi kerja, sayang nak ambik annual leave, simpan untuk raya dengan hal anak lagi bagus, Mc pun dapat 2 hari je..yang demamnya sampai seminggu. Huhu. Alkisahnya hari ini aku tak larat sangat dah, aku ambil emergency leave (pandai2 sendiri, nasib baik bos sporting yang amat...Tq bos!)
Rindu gelak tawa dia , my baby memang suka ketawa n senyum je kalau dia sihat..kalau dah x sihat, amboi ...muka kalah muka mama masa merajuk. Huhuhu.
Lepas je amik ubat demam, alhamdulilah kebah dah sikit, malas nak tapau, usaha jugak untuk asapkan dapur,
cincau je untuk alas perut dinner untuk malam ini
Sup sayur + Bawal masak merah + Daging masak kicap
sorry, dah makan baru ingat nak snap. Dasar lupa ingatan sungguh yang diri ini adalah blogger. Haha.
pencuci mulut.
Buah rambutan - bought from pasar malam
Daaaaaaaaaaaaa....
0 suka wilis's journal:
Post a Comment