Akhirnya ada masa untuk update n3 wishlist yg sekian lama simpan kat hati je..hehe, kenapa tajuk mesti wishlist untuk mama? ye la..sebab akan ada jugak wishlist untuk papa dan baby..mama ni tak la kejam dan kedekut sangat..:) dan untuk parents dan adik2 ai jugak..ada present ai rancang nak bagi nanti..wait ya!
Dah masuk 2011 ni ada la beberapa perkara yang bersifat kebendaan yang ai teringin nak beli dan dalam usaha ke arah itu sekarang ni, Eh2..wishlist bukan nak mintak orang lain ke yang kasi hadiah? hehe..terkeliru di situ, takpe la..reward kan diri sendiri pun ok jugak, berbaloi2 la jadi wanita berkerjaya, penat tapi terbalas..even, sejak ai preggy pun..ai dah lali dah lalui kepenatan semua ni, tipu la kalau cakap mengandung ni tak lalui macam2 dugaan, tapi macam ai cakap la..lepas ni di rewardkan budak kecik penghibur hati ni, tak ke berbaloi tu..hampir semua yang dah lalui pengalaman ni, bila ai tanya..susah tak mengandung? sakit tak bersalin? almost jawapan yang ai dengar " penat dan sakit boleh hilang bila tengok muka baby" see! sweet sangat mama2 ni tau..:)
Ok, back to topic -
1st of all, ai nak sangat memiliki nikon d5000 ni, sebabnya sekarang ni i dah jadi photographer yang tak bertauliah dah, minat sangat nak capture gambar sana sini, tapi guna je kamera ben-q yang spesis lama ni, dan..lepas tu membebel sebab hasil tak cantik seperti yang diharapkan..sedih mak nyah..huhu..
2nd..Gadget lagi! i Phone 4 ...:)
Kalau ikut tahun lepas macam dah nak sangat beli, tapi time tu kedekut sikit..dalam hati asyik cakap,takpe la..henpon lama boleh pakai lagi, tapi tak sedar diri, asyik teringat je..tido tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang *ok, tipu je..* so, ai patut ada 2 henpon coz sim card ada 2 sekarang ni, satu company + one personal sim card..boleh ke pakai alasan tu? hehe...
3rd , harta dunia dan kebendaan lagi! lepas dah selamat bersalin nanti, memang ada niat nak tambah satu lagi koleksi barang perhiasan yang ai ada, hehe..ini reward untuk diri sendiri..guna hasil penat lelah sendiri tanpa menyusahkan sesiapa even incik wilis, tapi kalau abe nak topup kan ayg bole aje! motif kecek kelate tetibe? haha...
Gelang tangan yang gorgeous ni!
ada orang tegur, eh2 ni design lama la..design untuk mak2 je..dah ai minat, ai nak beli gak..sebagai anak jati kelate, haruslah ikut tradisi keluarga mengumpul harta karun ni..haha, takde lah, saja nak pakai2 kan.teringin jugak nak memakai , dari duit di habiskan ke benda yang ai tak nampak kan..ini citer betul ni, dulu asyik habiskan duit beli gelang kristal jek, takpun silver je, yang lepas tu macam takde nilai dah..hehe..sedih untuk diri sendiri..
untuk info, harga emas terkini :
Emas 999 - RM 166.00 / Gram
Emas 916 - RM 157.00 / Gram
Emas 835 - RM 144.00 / Gram
Emas 750 - RM 131.00 / Gram
Emas 375 - RM 71.00 / Gram
Harus di buat kajian harga atau survey mana yang patut untuk mengelakkan anda di cekik darah ye...
ok, itu sahaja..kalau ada ai tambah lagi..hehe, tapi di sebabkan items di atas pun macam dah ribu raban, cukuplah itu je yang ai usha2..kalau ada lebih cash tu, savings la dulu...:)
Goodluck to me!
0 suka wilis's journal:
Post a Comment