Bosannya ri ni..tuesday lak tu..keje byk lg lum siap..tapi mood nk wat keje lum dtg, sebab sibuk nak menyiapkan preparation utk I-Phone Event ari ni kat Townhall..byaknye mak ai visitor yg dtg..tak menang tgn ak nak salam sana sini..isk la..penat la ri ni, bru pagi..lum tgah ari..lum ptg lg..panas lak tu cuaca ari ni,,air cond tak rase ape dah..turun la harapnya ujan ptg2 nti..
Stress yg amat ni..(,")..
Apatah lagi jika kerja yang berhadapan dengan 'deadline' dan tarikhnya pula semakin hampir.
Untuk itu, di sini di kongsikan 7 cara mudah untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja yg slalu ak praktikkan Anda tidak memerlukan masa yang panjang untuk melakukannya, namun ia mampu memberikan anda kesegaran dan tenaga baru untuk menghadapi hari yang panjang.
1. Cuci muka
Terlalu lama duduk menghadap komputer memang memenatkan. Apa kata bangun sebentar dan pergi ke tandas untuk mencuci muka. Kesejukan air itu sudah pasti mampu memberikan anda kesegaran baru. Jika anda bernasib baik, mungkin anda akan mendapat beberapa ilham baru yang pastinya akan menguntumkan senyuman di bibir anda...tpi tk perlu lelama sgt..itu dh di kira mengular dh..hehe..
2. Membaca kisah lucu
Kisah-kisah lucu yang banyak dikirimkan oleh rakan-rakan melalui emel mungkin boleh digunakan ketika ini. Dengan membaca beberapa kisah lucu yang pendek, ia mampu membuatkan anda ketawa sendirian, sekaligus menjauhkan anda daripada tekanan kerja yang membelenggu anda. Selepas melepaskan tekanan melalui ketawa, anda kini lebih bersedia untuk menyambung pekerjaan yang sedang diusahakan.fevret lawak jenaka yg slalu ak slalu usha2 ialah LAWAKJENAKA.COM..cubalah!..:)
3. Berbual dengan rakan
Di pejabat sudah pasti anda mempunyai ramai kawan. Untuk melepaskan tekanan, anda tidak semestinya perlu berbual dengan rakan rapat sahaja. Adakalanya rakan-rakan baru juga boleh menjadi tempat anda meluahkan rasa sekaligus mengurangkan tekanan yang anda tanggungi. Mungkin dengan perkenalan baru itu anda dapat menambahkan kawan serta peluang untuk bertukar-tukar fikiran dengan orang lain yang mempunyai latar belakang berbeza. Tetapi janganlah keterlaluan kerana orang lain juga pastinya mempunyai kerja yang mereka harus siapkan juga...cam ak lak, kwn ak yg pling sengal kt ofis ni en.rushie..hehe..die suke buat lawak..ak lak tukang ketawa jer..
4. Ke kafetaria
Setelah seharian penat bekerja dan mengerah otak, tidak salah jika anda meluangkan sedikit masa untuk ke pantri atau kafetaria. Belilah sedikit makanan untuk mengisi perut anda yang berkeroncong. Rasa lapar yang ditanggung bukan membantu sebaliknya boleh menambahkan lagi tekanan yang dialami. Apabila sudah kenyang, anda pasti lebih selesa untuk meneruskan kerja yang terbengkalai sebentar tadi.Cam biase lat sini ak slalu pegi Anjung Merah..ofis nyer kafeteria..die nyer bubur kacang yg pling marvellous kt situ..nyum, nyum..~
5. Berjalan seketika
Jika tekanan yang anda tanggung masih belum berkurangan, apa kata anda bangun sebentar dan berjalanlah di sekitar pejabat anda. Ambil masa beberapa minit untuk anda mencari ketenangan dan kekuatan untuk menyelesaikan segala tugasan yang diberikan. Dengan berjalan dan meninjau persekitaran tempat anda bekerja, ia mungkin boleh memberikan anda idea untuk bekerja dengan lebih berkesan. Jika anda bertuah, anda mungkin akan bertemu dengan seseorang yang mampu membantu anda. Apa yang penting anda tidak malu untuk bertanya dan mudah bekerjasama dengan sesiapa sahaja...Jln2 cari makan pun boleh..jgn cari pasal sudah...hehe..:P
6. Buat Panggilan
Percaya tak, ahli psikologi ada mengatakan kalo tgah stress kan, bila kita bercakap dgn org yg kita syg..at least boleh mengurangkan tahap stress yg kita ada..itu salah 1 penawar nya la..so, tak kisah la dalam 5 minit pun dh mencukupi..call mak/ayah ke, suami/istri , kwn baik even bf/gf skalipun..
7. ONLINE
Waa...ni mmg ubat yg paling mujarab ni..berblogging ke, fb ke..:)..luangkan mase menjenguk laman2 berita dan isu2 terkini..ruangan motivasi,n mcm2 lagi..senang kan..segalanya di hujung jari anda je..so,layanzzz...
0 suka wilis's journal:
Post a Comment