Wilis's readers. TQ all :)

This blog is dedicated to all the happenings of my life, my thoughts & feelings ♥

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum readers..:)

kad last minute yang di create sendiri oleh aku yang bukan pakar godek2 photosop ni.Huhu..

  • Selamat hari raya kepada semua rakan bloggers, muslimin dan muslimat, semoga hari raya aidilfitri kali in memberi keberkatan dan kebahagiaan kepada anda semua.

  • Semoga diizinkan untuk kita bertemu dengan Ramadhan untuk tahun akan datang.
    Enjoy ur raya bah! eh tetibe cakap sabah? kata dah balik kg kan..harus tukar loghat untuk 5hari di sini ;)

Saturday, August 27, 2011

Duit Raya Pertama

Alhamdulilah.Rezeki Rizq Danial  datang melimpah ruah.

Bayangkan babysitter, ibu lily siap belikan dia baju raya 2pasang, kuning dengan merah colournya, macam bendera selangor dah aku tengok, kata orang selangor kan,Ahaks!
Kemudian opah dia pun siap beli jeans dengan tshirt raya untuk dia, aku lagi menabung duit kat jusco berhenget henget belikan dia  5pasang baju, nasib baik tengah sales, kalau tak pengsan mama! tapi serious tahun pertama beraya dengan dia aku lagi rambang mata tengok baju dia dari baju aku sendiri.

Papa siap komplen mama dia dah macam mak-mak dah tak suka shopping baju sendiri dah, rela pakai baju lama, sikit-sikit shopping baju anak.Dah memang ai ada title mak papa oii..Huhu.

Semalam rezeki dia bertimpa-timpa, boss papa, encik nizam dah siap hulurkan duit raya, sebab dia balik cuti lama, jadi advanced la duit raya untuk Rizq Danial.Angpau tu aku hulur la kat tangan dia bagi merasa kan pegang duit raya pertama dia, boleh dia sumbat dalam mulut.alahai anak..itu duit sayang bukan makanan,Tapi duit tu boleh beli makanan.Huhu.

Balik rumah mak, dapat lagi 2 sampul angpau, mak cakap itu dari mak-mak budak yang mak aku jaga (mak aku babysitter) diorang kasi untuk Rizq Danial.Alhamdulilah belum raya anak mama dah dapat 3 angpau ratus2 dah.boleh bank in ke account ASD dia nanti.Aku sangat excited menyimpan untuk dia sekarang, macam2 financial planning untuk dia yang aku dah buat.InsyaALLAH.hanya yang terbaik untuk buah hati pengarang jantung aku ni. ;)

Ini entry emo Pra-Raya (Bila Dua perasaan Berlawan)

Orang lain nak raya happy sakan, aku? happy ada..sedih pun ada, makin dekat nak raya makin terasa dua2 perasaan ni bercampur baur melawan antara satu sama lain, kadangkala happy yang menang..jadi aku tersenyum lebar, bila sedih menguasai aku lari masuk bilik, aku menangis sepuasnya, aku muhasabah diri, insafi diri..luahkan segalanya yang terpendam, tak akan aku tunjuk depan insan-insan yang aku sayang yang aku seorang yang tak kuat, tak tabah.tak akan sesekali!

Syukur padamu Ya Allah, aku antara yang bernasib baik, ada suami yang meringankan beban, ada anak penyeri rumahtangga, aku bersyukur dengan kurniaaMU ..tapi aku manusia biasa, emosi tetap akan jadi sebahagian dari aku.

tahun ni tahun pertama beraya jauh dari mak..insan yang paling rapat dengan aku, insan yang aku sayang sangat-sangat, aku akur beginilah adatnya yang harus dilalui bila melangkah ke fasa rumahtangga, mesti bertolak ansur, kita sudah punya dua keluarga yang harus kita sayang sama rata, jadi tahun ni turn untuk aku beraya bersama keluarga encik suami di sabah.

Semalam balik rumah mak, hari ahad mak akan berangkat pulang ke pahang, kg abah. Masa nak balik aku rasa sangat sedih ok.Lagi2 bila mak peluk cium dahi aku (dari baby sampai sekarang mak tak pernah lupa nak cium dahi aku tanda kasih dia...) kami berpelukan agak lama, panas muka aku menahan sedih, tapi aku tak mampu, bercucuran juga air mata kuar, mak pun ikut menangis..aku mintak maaf tak dapat beraya bersama tahun ni, hati aku cukup terusik, mula rindukan zaman kanak-kanak aku yang tiap-tiap tahun di pagi raya mesti bersama mak, aku anak manja mak, aku akui. sementelah aku satunya anak perempuan mak, aku ada 2 adik lelaki yang jarak umo 9tahun dari aku, bayangkan betapa lamanya aku pegang title anak tunggal yang manja dengan mak tu, bukan dulu je, sekarang pun manja lagi.Hehe.

Tiba-tiba aku terbayang ke masa depan, kalau dipanjangkan umo, anak aku dah besar, dah ada keluarga, sampai masanya dia pasti jadi macam aku kan, wahhhh..kuatkah aku macam mak aku bila anak tiada disisi di hari mulia?sedih lagiii..bukan tak gembira dengan kehidupan sekarang tapi tipu la kalau tak sedih mak sendiri takde kat sisi kita, ke ada orang memang tak suka beraya dengan ibu sendiri??

Ibu mertua aku tetap macam mak kandung bagi aku, tidak ada bezanya, cuma alangkah indahnya jika di hari mulia itu dua2 insan ini ada disisi aku, (macam agak tamak pulak aku ni) .Itu kalau diberi pilihan, pasti kita akan pilih yang terbaik je kan.Tempat  isteri adalah disisi suami..kata-kata itu yang mak aku bagi bila aku cakap dengan dia, aku rindu..aku rindu nak bersalam dengan dia di pagi raya, nak tolong dia kat dapur, aku rindu semua tu...;(

Lepas raya memang la boleh jumpa, tapi entahlah tak sama rasanya feel macam pagi raya pertama itu, pendapat aku la..

Apa yang aku buat??

Aku muhasabah diri. sekurang-kurangnya aku masih ada keluarga walaupun jauh dimata,aku ada suami dan anak disisi, letakkan diri aku sekejap ditempat insan yang tidak beribu bapa lagi, tidak punya keluarga, sesungguhnya aku Insaf Ya Allah...

Friday, August 26, 2011

Persiapan Raya.

Haloo peeeps..

Tak lama lagi Syawal akan tiba kan, excited sangat sebab tahun ni aku beraya bertiga, pertama kali beraya ada anak ni weh, selalunya aku asyik tengok orang je dukung anak pakai comel2 hari raya,lepas tu mesti aku buat geram2 kat budak2 tu sampai aku rampas golek2 dia macam itu anak aku yang punya, kali ni turn aku pulak. tapi sila jangan rampas dan golek2 kan anak aku, mak tak relaaa..kalau nak bagi duit raya ok tada hal..Muahahaha..

bukan aku je rasanya, 1st time mommies mesti rasa macam aku rasa kan, jangan nak malu-malu, ngaku je.Hehe.

Persiapan raya ala kadar je, untuk anak di utamakan la of course, walaupun dia kecik cinonet baru 5bulan, aku tetap hoverr nak bagi anak aku beraya sakan tahun ni.aku start cuti minggu sampai hujung minggu depan , flight hari ahad petang akan berangkat sekali dengan adik ipar , Tahun ni turn encik suami di papar, Sabah. oghe kelate sila tunggu aku balik raya haji. sob sob , confirm aku nangis pagi raya ni rindu mak abah.huhuhuhu.

Theme kami pada tahun ini adalah creme dengan ijau pucuk paku pisang.

Sebenarnya aku nak upload gambar baju raya untuk membasikan baju raya aku tu, tapi untuk makluman cabel cam aku ilang, boleh click2 je sekarang ni, tapi nak transfer tak boleh, apatah lagi nak guna lappy nyer bluetooth , lagi la dah jahanam..takpe la ye, maybe cam aku ni tak setuju idea aku tu nak basikan baju raya aku yang kelip-kelip datin wanna be itu

Sooo..kita tunggu la reveal selepas raya.Huhu

ini baju raya ke baju pengantin?? Haha
Ni bukan baju raya aku, aku saja je tergugel berkenan pulak pesen kain labuh sapu lantai ni

Tapi aku tetap peminat kurung ye.Curlasttt gitu....;)

Thursday, August 25, 2011

Semalam ke sungai, Hari ni ke Laut

Hye readers. ;)

Apa yang ke sungai, apa yang ke laut ni? Ikan 3 rasa ke? Haha

Apa lagi, of course la mood nak kerja bagi yang bekerja tu, aku jujur ni mengaku dah jauh sangat dah ke laut mood aku ni, awal minggu ok lagi, area sungai je dia main.boleh di kejar lagi, kalau dah masuk laut, sorry la. boleh lemas mood itu, Haha. dah start merepek meraban dah aku ni.

Dah la dekat nak cuti banyak pulak keje aku bertimbun yang nak kena siapkan, al maklumlah dah la cuti raya tu jatuh hujung2 bulan macam ni, bertembung pula dateline nak bayar gaji pekerja.Hari isnin depan aku dah cutiiiiii dah pun,Petang ni aku kena jugak siapkan payroll timesheet ni. Arghhh stressnya.. *hentak-hentak pen kat kepala tunjuk perasaan* Nak kena buat betul2 pasal aku taknak lepas cuti raya , aku masuk keje je ramai yang serang aku pasal gaji ada short, ot tak masuk la apa la sebab aku nak raya sebulan dengan aman.Masa cuti handphone line keje di offkan, harap maklum ye para kerligs ku.

Anak pulak dah selamat aku eksport (anak pun boleh main eksport2 ko jah.curlasttt..) ke rumah opah dia di sg.buloh, sebabnya babysitter aku dah start bercuti hari ini,dah gerak balik kg kat pahang dah pun sesudah subuh tadi.. jadi mak aku la jaga untuk 2 hari ni.Nak cuti awal kan kena masuk keje awal pulak. sayanggg wooo.. mak jadi penyelamat.Tengss mak, Love uuuu.

Habis je kerja aku petang ni aku updated blog dengan bertubi-tubi ye, updated persiapan raya, kad raya, ucapan raya dan segala raya la aku nak citer kalau berkesempatan. (baca kalau berkesempatan tu 3X)

comelll tak? feeling2 aku tgh kerja pakai cam ni ha..curlasttt kan.cun sangat.Hehe
Banyak2 colour aku grab colour ni pasal aku suka kaler oren2 sikit. tiba-tiba buang tebiat kan tukar fevret colour

                                         nak doodle free, boleh grab kat blog sis nieza
  tapi doodle raya je ye, doodle lain sila runding sendiri , peace! ;)

Daaaa...ok, tutup blog buka file buat keje ye cik jah!

Wednesday, August 24, 2011

Asthma

Hari ni tergerak hati nak citer pasal penyakit ni, bercerita pengalaman sendiri masa kecik2 dulu
Masa aku kecil, aku adalah penghidap asthma yang tegar, banyak pantang larang itu ini tak boleh makan, atau dalam bahasa lain kami panggil lelah, aku kena ni sebab keturunan, sebab nenek aku ada sakit ni, mak tak kena, cucu pulak kena. maybe la kot, tapi kuasa Tuhan kan..

Lelah ni tak boleh makan benda sejuk, tak boleh cuaca sejuk.kalau aku la..Dalam aircond (pernah jadi ni, dalam tren nak ke kl, punya sejukkkk gile aircond, aku kena serang asma) lagi satu..sure punya tido nafas tak lepas, senang citer semput la..tercungap-cungap aku macam orang lemas kalau lelah datang.Inhaler 24jam mesti ada.Kalau time lelah datang, toksah cakap la. rasa macam time tu nyawa macam nak putus. aku ingat lagi..;(

Dah la masa tu fevret aku jeruk2 ni sume, masa tu nenek pulak tauke jeruk salak, buah kelubi (lama tak makan) , buah seto dengan buah kedondong.sedapnya la sume jerukkk tu.

Jeruk kelubi

Jeruk kedondong

Aku la tukang jual jeruk2 nenek aku ni kat sekolah, sebungkus 50 sen je.murah je zaman dolu2 (ni aku citer masa sekolah rendah ni.) masa sekolah menengah takde dah mcam ni sebab dah masuk sekolah berasrama, tak duduk umah nenek dah.

Aku tukang jual tapi hanya mampu menengok je.makan tak boleh.Huhu

Tapi kan..banyak kali la berubat secara tradisional, secara moden tak jadi apa dah, doctor cuma boleh bekalkan ubat dan inhaler je, aku pun x pasti cara mana la yang berkesan kat badan aku, masa sekolah menengah aku baru perasan aku dah ok dah, duduk dalam aircond dah boleh, pergi tempat macam kat genting dah boleh, bersyukur sangat..sembuh jugak akhirnya.

Sekarang kalau makan jeruk pun memang rasa sakit sikit kat dada, tapi tak seteruk dulu dah, bila dah sihat macam ni, terpikir balik..betapa berharganya nilai sihat tu kan.:)

Shahrizq Danial milestones - 5 Month

Hye uolsss...

Hari ni nak citer pasal progress si kecil kesayangan wilis tu, dah 5bulan lebih dah pun tapi mama kan hoverrr..busy mengalahkan mak datin walapunnn nan adoh. huhu. jadi baru berkesempatan nak update kisah Jr.wilis hari ni, 15/8 genap la usia anak kami 5bulan.How time flies..Jom check apa yang dia dah pandai buat........

    • Dah boleh duduk sendiri, tanpa bantuan pun tapi tak boleh lama, dia cuma akan bertahan 5minit macam tu lepas tu akan  tergolek-golek mengamuk sebab tak boleh catat rekod masa yang lama lagi.haha.
    • Tunas gigi baru nak tumbuh 1, tapi lambat bebenor aku tunggu tunas tu nak bercambah.nak kena siram baja apa la kasi lajuuu sikit itu gigi tumbuh.
    • Pandai "mengemas" mengalahkan anak dara u ollsss..migrain aku 1st time tengok dia pandai memsepah sepahkan rumah.pantang surat menyurat letak bawah sekarang kalau tak ini la jadinyaaaaaaa...
belum sempat aku baca promo pasaraya ni dah dia baca dulu, bil-bil pun habis kena koyak, aku bayar bil kat pejabat pos tipu je la cakap bil tak sampai, padahl segan nak bawak bil yang dah koyak2.T_______T

    • Sekarang memang kuat main, satu rumah dia dah mampu geledah dengan cara mengensot macam suster ngesot askar , merangkak malasss ni, angkak bontot je pandai.Haish!
    • sekarang aku tak boleh on9 kat rumah kalau guna lappy, harap maklum sebab si kecil ni sekarang tengok aku bukak lappy je, dia datang panjat-panjat aku nak rampas kuasa, siap ngamok2 lagi. ini bukan mainan la anak oii...
    • Minum susu yang dulu selang 2jam, dah jadi selang 5jam, rela tak menyusu asalkan dapat "mengemas".
    • Dah injection untuk 5bulan, tak nangis langsung pun, maybe sebab papa dia duk agah2 larikan perhatian dia masa kena cucuk tu, paling tak tahan boleh dia poo poo masa tu jugak, malu aku dengan doc.anak oh anak..
    • Berat dia masa 5bulan 7.5kg, naik sikit je dari dulu. dah kurang menyusu kan, solid food pun belum lagi, ini la jadinya.muka je boolat..pinggang ramping macam mama kerengga. huhu

Tapiiii..no matter what. i love u so much baby, biar la mama migrain pun.Haha.

Harta dunia akhirat. Mama sayang baby sangat-sangat ;)

Sunday, August 21, 2011

Double blog posts

Morning u ollss......

Pagi2 mood aku dah turn ke mode jakun, pasal aku memang tak tahu nak buat macam mana, pengakuan ikhlas ni dari orang celik it sikit sikit ni.Huhu..

Cer korang tengok kat atas tu, pasal apa blog aku jadi double post ni, tak suka la..agak menyemak sebab macam banyak pulak entry aku 1 page tu padahal itu dah bertukar 2 pages.tak suka2.Sakit mata tengok.
Aku rasa bukan aku je, kalau korang yang tengok pun sakit hati merana jiwa sebab berserabut sangat kan? kan?.

Aku dah godek2 nak try buang tapi yilek, tak menjadi, aku dah tukar 2,3 template lain pun masih macam ni, ke memang template yang aku guna orginality dia macam ni.waaaaa...nak tukar2.
Dah try gugel tutorial  tapi macam lain pulak yang kuar.kesudahannya aku nak minta tolong sape2 tahu link tutorial untuk buang benda alah sini kongsi dengan aku meh.

Sharing is caring. XOXO :)

Saturday, August 20, 2011

Menu Ramadhan ke - 19

Mee Banjir udang atau Mee musim bah pun boleh jugak
Aku berjemaah habiskan semangkuk kongsi dua orang dengan encik suami pasal aku ni kedekut alahan dengan udang.Aku panggil mee banjir pasal kuah pekat melikat menenggelamkan udang sampai lemas.Haha. aku kalau dah petang nak tunggu berbuka ni memang agak biol sikit pasal perut lapar .mula la aku merepek meraban sambil jeling2 jam, macam mati je jarum tu, kalau aku gerakkan sendiri laju laju sikit aci tak? Hahaha

Pasal mee udang ni la aku naik rashes, gatal gatal sampai anak tekak, kembang tekak aku macam kena sengat tebuan.orang lain makan ko nak makan, tapi ko tu kan allergic udang, camno? (sesi dialog dengan diri sendiri)

Tobat taknak makan dahhhhh T_____________T

Hari ni aku goda2 encik suami belanja aku makan nasi beriani pasal aku tak pandai nak buat nasi tu, tunjuk kat kedai je la.Aci la kan. tangan orang tak berseni ni tahu tunjuk2 je.Hehe

oh beriani, kalau aku tak dapat kau ni, mahu merajuk perut nanti. Huhu.

Selamat berbuka semua....Tik tok Tik tok...

Drama yang buah aku stay tuneeee selepas Nora Elena.

Drama bersiri Kasih Alia Slot Akasia TV3
7 mlm Monday to Thursday

Sinopsis:

Kasih Alia mengisahkan konflik dalam keluarga yang berpoligami. Sheila Rusly sebagai isteri pertama mempunyai anak iaitu Qausar dan Yatt (kakak Qausar). Manakala Zarina Zainoordin sebagai isteri kedua. Qausar( lakonan Shaarnaz) sebagai anak bongsu kepada Shiela Rusly dan abang tiri kepada Alia ( lakonan Fida). Feeya seorang pelakon baru akan memegang watak sebagai Intan iaitu seorang yang agak jahat dan gedik. Kisah dalam ni ada sedih , lucu dan penuh kasih sayang. Fida juga akan menyanyikan lagu OST dalam Kasih Alia, bertajuk Teriakan Kalbu. Kredit  TV3

*******

Ini la drama yang aku layannnn selepas Nora Elena. Bagi aku citer Kasih Alia boleh di cop fenomena gak la ,walaupun takde kisah2 romantik ala-ala seth tan, tapi kisah ni lebih pada keretakan institusi keluarga. yang Dewa cinta selepas Nora elena tu aku tak tengok pun, macam tak ada daya tarikan gituuuu..Huhu.
Tapi first time tengok citer Kasih Alia ni memang buatkan aku excited nak tengok episod seterusnya.Dari budak budak tu kecik sampai besar, banyaknya la kisah yang mengayat hati.Kesian diorang yang tidak beribu di perlakukan sedemikian oleh ibu tiri ala ala bawang merah bawang putih zaman dolu2.
Menjadi la plot citer dia, best...

Nak tunggu berbuka puasa memang aku layan citer ni, masa berbuka pun mata kat Tv sampai encik suami menjeling sebab anak aku tergolek golek tak dipeduli mamanya. Haha.

Tips bangun sahur

Amboi3x..

Puasa lagi tinggal seminggu lebih je baru nak kasi tips bangun sahur ye, aku memang kasi can dulu yang liat bangun sahur tu, dah agak-agak kritikal sangat baru aku nak share tips ni.Haha

Warning : tips ni ada unsur-unsur yang tak boleh di terima pakai, kalau korang nak try amalkan try la test, kalau tak jadi korang jangan lempang aku. Haha. baca dalam mood JOKING ye readers....

TIPS 1

ni tips pertama  , macam ni caranya :
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond

TIPS 2
Tapi kalau masih tak berkesan

1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju korang yang dah 3hari terendam
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempa bumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak sebelah hidung dia..bagi ambik bau sikit

TIPS 3
tapi kalau masih tak berkesan gak

1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaasin!

TIPS 4
tapi kalau masih tak berkesan gak...ni je la cara terakhir

1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan..., kerana tuhan lebih menyayanginya
 
NotaWilis : Tips yang last sekali tu sangat kejam u ollssss....tak sanggup aku nak amalkan. Huhu
 
Juadah Hari Raya vr 1

Jamu mata dulu dengan piccas yang meleleh meletops wa cakap luuuu..

Kek lapis Apollo Sarawak !

Original from sarawak.

Menu wajib hari raya nanti (menu ke juadah?)

Aku suka kek lapis ni sebab kek lapis sekarang ni very da versatile ok, macam macam rasa ada, warna pun gorgeous jeee..sayang nak makan, cantik sangat.paling penting sedapppp..

Sape datang raya rumah aku dapat la merasa kek lapis yang versi tunjuk ni, bukan aku buat ye.Muahahahaha

Kalau tak dapat datang raya, nak merasa jugak, boleh order kat sini , add fb akak kita ni.

promosi raya, 4pcs rm100, nak discount runding sendiri la yek! Huhu.

BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA

nak join click sini

tarikh tutup jam 2 petang 20 Ogos 2011

Friday, August 19, 2011

"Sweet Moment With My Love-By MamaMikael"

nak join click sini

Dan.....

Gambar yang di pertaruhkan. Jeng Jeng Jeng

^

^

Taraaa....!

Nama Anak : Shahrizq Danial Bin Shahibul

Umur Anak : 5 bulan

Nama Ibu : Maizatul Yusnida

Nama Ayah : Shahibul Isa

Suka gambar ni sebab.......
 " suka tengok suami excited dapat anak pertama, geng dia plak tu! "

Marathon update.

Assalamualaikum....

Fuh sana fuh sini terbatuk batuk masuk blog sendiri pasal sedar diri agak lama tidak mengupdate blog kesayangan ini, sawang bersawang dah blog aku ni. bukan menganaktirikan beliau, tapi disebabkan aku ada anak kandung, blog si anak tiri ini jadi perkara kedua. Huhu.

First of all, macam mana ramadhan u olls setakat ini? aku? ttertinggal sudehhhhh..paham2 la org pompuan ni kan, maybe aku dah tak fully bf, cepat pulak cik P datang.Huhu.

Dua minggu menyepikan diri, bukan aku duduk goyang kaki, verangan ala-ala bos, tapi tersangat-sangat busy dengan kehidupan.hal kerja, hal anak..alahai..bagai tidak cukup 24 jam sehari.
Citer hal kerja, aku dah dapat keje baru, masih di company yang sama, tapi bertukar dept. dengan rasminya aku dah join Payroll dept.sakit kepala betul sejak dua tiga menjak ni sejak menggalas tugas baru. susah rupanya bidang account ni,al maklumlah aku ada basic acc masa kat sekolah dulu je, lepas tu sambung belajar ambil bidang administration, tapi ada jugak subjek acc cuma tak la main course, sipi-sipi je.sebagai penambah rasa. ini bukan account nak kira belanja harian budak sekolah rendah, tapi gaji pekerja yang puluh ribu raban, yang buatkan mata aku jadi bulatttt je, verangan sekejap macam aku la pemilik gaji itu walhal nan ado! Hahaha . aku ni terrer kira belanja dapur dengan nafkah hubby bagi je, part tu memang aku terrer. Hehe.

tapi ok la best jugak pasal aku ni busy time hujung bulan je, awal bulan boleh la kaki digoyang sikit-sikit. tapi bulan ni busy sepenuh bulan pasal nak raya kan, gaji-gaji jugak, tapi ada jugak pekerja yang buat loan untuk belanja raya kan.kena la settle itu dulu baru mengadap blog..itu pasal la lama tak dapat update blog. (sila terima pakai alasan ini, Hahaha)

Pasal citer anak bujang aku pula, ada satu kes terjadi minggu lepas, anak aku jatuh katil, tapi tak berapa nak katil la sebab aku dah buka katil tu, tinggal tilam je, pasal nak elak jadi kes macam ni la, tapi tilam tu tebal gak la, pagi ahad tu aku nak cuci baju, aku dah block bantal sekeliling tilam tu, rupa rupanya ariz selamba je tolak bantal2 tu, tiba-tiba je bunyi jatuh, aku masuk bilik tengok dia dah tergolek kat lantai (lantai simen pula tu), terlentang, menangis sampai hilang suara, mesti sakit sangat. aku gosok2 kepala dia tak juga benjol tapi memang aku dah nangis dah, takut sangat2 hentakan kat simen tu bagi efek kat dia..cer bayangkan kalau masih berkatil..nauzubillah.kesian anak aku...Tuhan je yang tahu betapa menyesalnya aku tinggal Ariz sorang2, lain kali tak buat lagi, aku mesti pastikan papa dia ada sekali baru kerja rumah on.Huhu..

So far, anak aku takde la tunjuk -ve response, aktif je macam biasa. Alhamdulilah, syukur padaMU Ya Allah..

Saturday, August 6, 2011

Petua untuk berbuka dengan aman versi wilis (untuk yang ada baby)

Assalamualaikum...

Nak citer disebabkan ini 1st time puasa ada baby kecik, time berbuka sangat la havoc dengan suara si kecil buat-buat merengek manja,time sahur alhamdulilah dia tidur nyenyak, tampar bontot dia pun tak terjaga..punya la sedap tidoo..tapi time berbuka, dibagi mainan sume tak layan, alkisahnya berbuka la mama-papa dia bergilir gilir ataupun riba je dia sambil makan, tapi kalau bab riba ni pun havoc juga pasal dia macam geram je tengok makanan sedap-sedap, sibuk la tangan nak capai itu ini, bajet dah besar padahal baru 5bln baby ooiii..boleh pandang-pandang, jangan makan-makan la jawabnya.

Jadi idea spontan aku ni muncul semalam, bunyi je azan, aku try letak dia main-main atas toto, start la hek hek minta dukung, jadi start la idea gila aku datang..Haha..layannnnn..

"eh-eh citer apa ni macam best jerrrr...."

"citer Meow dengan cik ti la....."

"asal meoww ni color biru???? " *confius *

"Bosan la..tukar channel la, mama sibuk makan ,confirm tak tahuuuu.."

"Best pulak tekan-tekan ni, makan la sampai 2 pinggan mama, takpe Ariz boleh tunggu sebab mama kasi mainan baru ni.................................."

Hahahaha, menjadi la idea aku, layan je dia tengok Tom&Jerry ni, padahal sebelum ni kalau kat tv tak layan pun, kat lappy kemain lagi ye..dasar budak zaman sekarang, ..advance...advance..Huhu..

Lepas ni aku tahu dah time nak berbuka apa mainan nak bagi kat dia...Hehe..

Ok...Daaaaaaaaaaa...

NotaWilis : Sakit pulak hati pedal jantung aku dengar bunyi mercun kat kawasan rumah ni, tengah-tengah mlm time anak aku tido lagi tu, dah la dia susah nak tido, kalau dah terjaga amekkkkkk ko. Huh! tiap-tiap kali raya sinonim la kan mercun ni, taknak bunyi mercun pi duk hutan, bak kata seorang kawan aku..Huhu..

Friday, August 5, 2011

Hasil rembatan lunch time tapi tak boleh keluar lunch.

Hye peeps....

wahhh tajuk tu, panjang bebenor nak explain kat u all bahawasanya lunch time sekarang tak macam dulu-dulu, boleh bersantai makan nasi campur sambil gosip-gosip bos yang tak kesian sebab bagi  banyak keje. Lunch bulan ini tidak berlaku sebab sekarang kan bulan puasa, jadi waktu rehat yang lama pada hari jumaat haruslah aku isi sebaik-baiknya seperti pergi tawaf di mall saat org lelaki berpusu-pusu ke masjid, org perempuan ke mall surau.

Jadi gagah la cik kiah dengan kerlig nya (baca collague , atau colligen pun gasak lah. Haha) buat rombongan ke Stadium shah alam, eh-eh bukan nak pergi stadium tu, nak ke sebelah stadium la which is Gergasi supermarket.Sekankang kera kucing je dengan tempat keje, ok lah kan. malas nak pusing mall besar-besar, buat tekak jadi haus tapi hanya mampu pandang je segala food court yang ada. Sadis ok. jadi tak payah!

geram betul tengok betapa gorgeous nya baju-baju kurung kat situ, tapi akal mengatakan tolong sabar sebab ada 3psg baju dengan tailor on the way nak siap, baru bayar beli kain, bayar tailor belum ya. jadi kena simpan la barang sehengget dua untuk bayar tailor nanti.

ok la tak beli, tengok je.

eh-eh ini bungkusan dari mana pulak ni (bulatkan mata tunjuk mood terkejut)

^

^

^

^

^

Jap-jap nak check

^

^

Eh-eh ada baju kurung cotton la , sape punya ni  (buat muka terkejut lagi)

yang penting size ss ni (bukan syok-sendiri) tapi small-small. HAHA

ok la, mood shopping datang lagi, tak tahan duit melompat-lompat nak keluar nak beli itu-ini, terembat baju kurung cotton dua pasang stok pegi keje , murahhh je rm60 sepasang, ambik dua dapat rm100.

Selingan..

 Tadi mak call (since aku bagitahu dia aku dah naik bendera merah sejak bersalin ni).
 Mak : dah makan apa-apa perancang?

Belummmm mak.tak tahu nak pilih makan or ambik perancang apa lagi.

Mak : ko jangan, jap lagi ariz dapat adik lagi, baru 5bulan tu.....

Aku : Gulrppppp...(hampir-hampir lupa sebenarnya kebarangkalian ini)

ok la, nak gi google perancang apa yang best!

Daaaaaaaaa...

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday#

My favourite Sin-Chan,

Muahssss :)

heart you bebeh!

Segmen Miss Nadya :: Saya Seorang Blogger Wanita

!ツ miss nadya punyer blog ツ!

Nak join click di sini ye peepssss... : )

Hye peoples, salam kenal..saya seorang blogger wanita, nama saya yza wilis, keep in touch! :)

MARI MENAMBAH FOLLOWER BERSAMA HANNAH TOTS

nak join click sini

XOXO :)